Friday, March 2, 2012



Assalamualaikum wbt.

Apakah perkara yang paling merungsingkan perempuan? Hehehehe. Let me tell you the secret. This is from my observation and my own experience.

1. Berat Badan

Dialog yang selalu di dengari adalah seperti berikut ::
 "Saya dah gemuklah".
 " Saya dah ada dua dagu".
 "Macam mana nak kurus,ye?"
"Hurmmm. Beberapa kilo lagi nak cecah 60kg".
"Alamak, macam ana ni? Seluar dah xmuat". 

Phewww. Begitulah ye. Berat badan sangat sensitif bagi kaum Hawa. It's very, very sensitive. Kalau korang tegur seseorang dengan mengatakan bahawa "awak ampak berisi lah". Sah-sah malam tu dia tak boleh tidur. Lepas tu mula lah risau dengan pertambahan berat badan. For me, as long as u don't torture your body, it is fine. Tak kisahlah gemuk, berisi atau kurus, yang penting kesihatan lagi penting dari segala-galanya. Time sakit, dah sah selera makan akan berkurangan, semua makanan rasa tak sedap. Sebab tu time sihat, jangan sekat time makan. Makan apa sahaja yang anda mahu TAPI mesti  ada hadnya.

2. Jerawat

Masalah yang ini pun rumit jugak.
 "Oh,muka saya dah banyak jerawat".
"Stressnya dengan jerawat ni".
"Muka saya dah tak cantik sebab banyak bekas-bekas jerawat yang tinggal".

Fuhhhh. Jerawat akan tumbuh jika kita tersalah makan atau pada masa kita berasa sangat stress. Biarlah jerawat tu nak tumbuh, nanti ia akan hilang.Huhuhu. I had the same problem too. Tapi saya just ignore it. Biaq p la aihh ia nk tumbuh. Tak cacat pun kalau jerawat tu tumbuh. Yang penting, cari produk yang sesuai dengan kulit kita sendiri. 

3. Kekasih HALAL

Yang ni kritikal.
"Saya tak ade steady boyfriend lagi la"
"Hurmm. Sapelah nak kat saya ni?"
"Mane ek nak cari calon-calon suami?"

Memang susah sangat nak cari lelaki yang betul-betul sayang akan kita. Susah giler kot. Lelaki yang berkualiti sekarang ni sangat-sangat LIMITED. Tapi kalau dah jodoh, tak kemana kan? Percaturan yang telah ditetapkan oleh-Nya pasti lagi hebat. Oleh iu, BERSABAR lah wahai HATI. Moga nanti yang lebih berkualiti akan menyapa hati-hati kalian,=) Tak payah lah cari KEKASIH HARAM. Cari KEKASIH HALAL terus. Tentu selamat dunia akhirat, dengan izin Allah. 

4.Umur

Yang ni lagi kritikal. Hahaha.
"Umur dah 25 tapi calon pun xde lagi. Ape kes? Xlaku ek?"

Perghhhh. Sentap beb. Umur-umur ni sangat sensitif juga. Al-maklumlah. Hehehehe. Meningkatnya umur bermakna lagi banyak tanggungjwab yang harus dipikul. Lagi banyak beban yang terletak dipundak. Cool jer la. Orang akan mengata jika perempuan tu kahwin awal, orang juga akan mengata jika perempuan tu kahwin lambat. Susah kan?

Memang sangat susah untuk memuaskan hati semua pihak. Tapi tak kan lah selamanya kita nak hidup hanya untuk memuaskan hati orang lain dan seterusnya hati kita sendiri terabai. Jagalah hati kita sendiri dulu. Just be yourself. Terima dan sayang diri kita seadanya. Barulah kita boleh bahagikan kasih sayang yang ada pada orang lain pulak. Me???? I am such a complicated PERSON. Biarlah orang nak kata apa, orang nak buat apa. Bukan tidak ambil peduli tapi............... Biarlah rahsia. Hehehehe. 


No comments:

Post a Comment