Sudah tiba kepada penghujung tahun 2011. Esok dah 31hb Disember 2011. Need to review a few things. Sepanjang tahun 2011, telah banyak onak dan duri yang telah dilalui. Tak terkira suka dan duka. Malah ianya banyak mengajar tentang erti kehidupan. Realiti kehidupan bukan hanya semudah menmbaca novel setebal 425 muka surat tetapi ianya lebih daripada itu. Ia menuntut ketahanan mental, fizikal dan jugak emosi.
Penghujung 2011 dan pada tahun hadapan iaitu, 2012, ramai yang telah bertukar status dan ramai jugak yang bakal bertukar status. Moga mereka semua akan sentiasa bahagia dengan limpah dan rahmat daripada-Nya. Doaku agar mereka terus sentiasa bahagia dan gembira,=)
Kepada sahabat-sahabat yang akan berjuang di medan peperiksaan, moga kalian berjaya menghadapi masa-masa kritikal ini. Dan semoga kalian juga tidak mudah tergoda dengan katil, FB, Twitter serta movie2 yang menarik yang ade dalam external tersebut. Moga semua urusan dipermudahkan oleh-Nya,=)
p/s :: Selamat maju jaya buat semua,=)