Just be yourself wherever you go... Whatever you do... You know yourself better than OTHERS
Sunday, October 13, 2013
Berita Dukacita
Assalamualaikum wbt
Jumaat yang lepas aku telah menerima berita yang tidak gembira.
Sedih. Sebak. Terkedu. Kelu lidah ku membisu.
Anak kawan aku dan jugak kawan kepada En.Ahmad meninggal.
Usianya baru sahaja 2 hari.
Dilahirkan cukup sifat, sihat, gebu, berat 3.2kg.
En.Ahmad yang menyampaikan berita itu kepada aku. I was like..........SPEECHLESS!
Kepada nana dan Kapt. Bad,
Tabahkanlah hatimu.
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Adrian Jibrael.
Walaupun berat mata yang memandang.berat lagi bahu yang memikul.
Sesungguhnya baby AJ akan menunggumu disana kelak.
Dan Allah swt mempunyai perancangan yang lebih besar untuk kamu kelak.
Percaya dan yakinlah bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang.
Dan bersangka baiklah diatas dugaan yang diberikan.
Al-Fatihah.
~Tenang dan damailah kamu disana wahai Adrian Jibrael~
Subscribe to:
Posts (Atom)