Friday, May 3, 2013

Makaroni Bakar


Assalamualaikum wbt

Tetiba je rase nk memasak. Ok. Let's see how.hahaha. Gugel punya gugel jumpa resipi makaroni bakar guna pemanggang ajaib. Wahhhh. Sangat teruja. dan akan mencuba memasaknya esok hari di rumah sebab mau balik mengundi ma,;)


Yummy. Meleleh beb!!!!






Bahan-bahan

 200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn 
 sedikit minyak
1/4 cawan daging yang dipotong kecil-kecil (digoreng sekejap)
 2 sosej ayam dipotong bulat ( digoreng sekejap)
1 1/2 tangkai cili merah dihiris
1/4   cili  benggala  dihiris
4 keping chesdale saiz kecil ( dipotong memanjang)
1/2 cawan potongan daun kucai
 4 sudu makan bawang goreng

BAHAN2 KASTARD:-
5 biji telur gred A (NA guna 6 biji telur gred B )
200 ml susu cair
2 camca besar mentega cair
2 camca teh tepung gandum
1 camca teh gula
1 camca teh garam
1 camca teh serbuk lada sulah

Cara-cara

1. Dalam bekas besar, satukan semua bahan2 kecuali bahan2 untuk kastard. Gaul rata dan ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan2 utk kastard dan kacau rata menggunakan wisk.
3. Satukan kastard ke dalam No.1. Gaul rata dan isikan ke dalam pemanggang ajaib. Susunkan kepingan chesdale diatasnya dan bakar sehingga   masak
 4.  Hidangkan bersama sos cili.

 http://na-kitchen.blogspot.com/2012/11/makaroni-bakar.html

 

4 comments:

  1. salam fad.. :)
    mana nak cari pemanggang ajaib tu?
    nampak sedap.. :D

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

    follow belog baru kita eh. upgrade sikit ritu xsempat nak kobar. hehe

    http://naahalim619.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Intannnn. Pemanggang 2 mak sy beli,;)

    Shikin halim-ok,dear,;)

    Zulhilmi tempoyak-klu xnk pkai pemanggang,blh je tp u kena bakar la,dear,;)

    ReplyDelete