Thursday, January 5, 2012

Cinta HALAL

Assalamualaikum wbt


Mengambil masa kurang dari dua jam untuk menghabiskan sebuah buku yang sarat dengan info hasil tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Diletakkan keatas mejaku oleh roomate-ku buat tatapanku. She said "Baca la,Fad,". Aku lantas membacanya.

 Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
~credit to Google~

Dan hatiku terpaut dengan cinta HALAL. Al-maklumlah diri ini mempunyai kekasih yang TIDAK HALAL bagiku. Hatiku tidak lagi suci. Aku tidak menjaga hatiku dengan sebaik mungkin. Tidak seperti Khazinatul Asrar dan Qani'ah (dalam buku tersebut) yang berjaya mempertahankan prinsipnya iaitu dengan mempertahankan hatinya dari dicerobohi oleh mana-mana lelaki. Cintanya hanya untuk suaminya setelah Allah & Rasul.

Hati perempuan mana yang tak tergugat kalau ade lelaki yang asyik memuji dan memuja perempuan tersebut. Tipu la kalau dalam hati tak tinggal kesan. Semua orang pasti akan berbangga jika dirinya dipuji,kan? Well, itu adalah langkah permulaan kepada zina. Mula-mula zina mata sebab melihat, zina hati sebab merindui, zina tangan sebab berbalas sms. Hey, that's the FACT! I did the same thing. Manusia mana yang tidak buat silap. Manusia mana yang sempurna dalam dunia ni? Namun, semua itu menjadi pengajaran serta pengalaman dalam hidup sebagai seorang REMAJA yang semakin meningkat DEWASA.


No call, no sms, no mms
~credit to Google~
Tapi En.Ahmad jarang sms. Jarang call. Jarang mms. Jumpa pun sebulan sekali. Ha??? Sebulan sekali jer? Hahaha. Itu dah kira kerap la cik Fad oiiiii. Kami jugak tidak tahu apa yang akan berlaku pada kami nanti. Kami tetap berbuat dosa dengan masih lagi "BERCOUPLE". Pengakhiran yang bagaimana buat kami???


~credit to Google~

Cinta kepada Allah adalah cinta segala-gala-Nya. Dia yang menghadirkan CINTA dalam diri kita supaya kita cintai DIA. Semua orang mahukan pengakhiran yang baik. Moga suatu hari nanti pengakhiran yang baik jua buat diri kami yang terleka oleh duniawi.

3 comments:

  1. tautan kasih dan pemilik cintaku setelah Allah dan Rsul karangan Fatimah Syarhah Nordin adalah novel terbaik untuk dijadikan panduan bagi orang yang bercinta.

    perubahan tidak perlu drastik, tetapi perlu ada. x hari ini, mungkin esok.x esok mungkin minggu depan...

    yang penting hati masih hidup lantaran wujud sekelumit kebimbangan ini.

    insya Allah, cinta Allah dan Rasul sentiasa ada untuk hamba-Nya...

    ReplyDelete
  2. fad... :)

    fitrah manusia melakukan kesilapan sbb kita bukannya malaikat yang tidak ada nafsu.

    Apatah lagi kita ni perempuan yg lunak hatinya mahu dikasihi & dicintai.

    insyaAllah, saya doakan fad dipercepatkan jodoh yang soleh yg mampu membimbing fad utk terus bercinta lagi di dlm syurgaNya.


    saya sayang fad.. sangat! & Allah sygkan fad lebih2 lagi.. :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous ::

    Terima kasih diatas komen yg diberikan,=)

    Betul,novel karangan Fatimah Syarha memang sangat2 bermanfaat, berinformasi dan memberikan kesedaran terhadap kelalaian sbg sorg insan. Hati ini terpaut dengan hasil tulisan beliau. Moga hati ini terus hidup dan mekar,=)


    Intan,

    Amin.
    Moga segala urusan dipermudahkan segala-galanya.

    Hanya mampu berdoa yang terbaik untuk semua,=)

    Saya sayang intan jugak. Sayang sangat2,:]

    ReplyDelete