Saturday, January 7, 2012

Checklist

Assalamualaikum wbt


For sure everybody wants the best for their life,rite? Semua orang nak yang terbaik. Tidak ada seorang manusia pun yang inginkan kesusahan, kesedihan, kesengsaraan dalam hidup mereka. Tapi, Dia lebih mengerti segala-galanya. Dan semua perempuan mahukan lelaki yang mempunyai ciri-ciri di bawah : :


  • Hensem
  • Kaya
  • Baik
  • Ada rumah
  • Ada kereta
  • Bekerjaya spt doktor,engineer,lawyer
  • Ada ilmu agama
  • Beriman
  • Romantik
  • Berpelajaran (Phd, Master or paling koman pon Degree kn)
  • Berperibadi mulia

But, wanna ask u one question? Adakah anda jugak begitu? Adakah anda baik,cantik, ada harta and so on? Tidak dinafikan rezeki masing-masing kan? But, please be REALISTIC not PLASTIC. Kita tidak boleh mengharapkan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. Tidak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Dan untuk mendapatkan sesuatu itu, jalannya pasti berliku-liku, beronak duri kan?huhuhu. Ntahlah. Aku sendiri pun tak pasti bagaimana pengakhiran hidupku nanti. 

Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan yang melanda. Dia uji kita bermakna Dia sayangkan kita. Terima diri dia seadanya. Biasalah. Naluri manusia sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang dia ada. Sudah ada kekasih hati tapi bila jumpa orang lain yang lebih hensem dan ada harta, hati mula terpikat [Aku salah seorangnya]. Itu normal sebab kita manusia. Manusia yang ada nafsu (bak kata Intan). Tetapi cubalah untuk menerima "your partner" seadanya. Baik atau buruk terimalah seadanya dan bersyukur dengan apa yang kita ada.

Mungkin ini adalah antara lelaki pilihan anda semua : :

~credit to google~


~credit to google~

Walaupun En.Ahmad tidaklah sehensem, sekaya dan sebaik Aaron Aziz mahupun Dr.Sheikh Muzaffar tetapi harapan ku semoga dia terus memperbaiki dirinya supaya dia jadi lebih baik dari sebelumnya. Semoga dia terus berusaha untuk cari duit banyak2,hehehe. [Materialistik]


p/s :: sweet 17,:)


Thursday, January 5, 2012

Cinta HALAL

Assalamualaikum wbt


Mengambil masa kurang dari dua jam untuk menghabiskan sebuah buku yang sarat dengan info hasil tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Diletakkan keatas mejaku oleh roomate-ku buat tatapanku. She said "Baca la,Fad,". Aku lantas membacanya.

 Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
~credit to Google~

Dan hatiku terpaut dengan cinta HALAL. Al-maklumlah diri ini mempunyai kekasih yang TIDAK HALAL bagiku. Hatiku tidak lagi suci. Aku tidak menjaga hatiku dengan sebaik mungkin. Tidak seperti Khazinatul Asrar dan Qani'ah (dalam buku tersebut) yang berjaya mempertahankan prinsipnya iaitu dengan mempertahankan hatinya dari dicerobohi oleh mana-mana lelaki. Cintanya hanya untuk suaminya setelah Allah & Rasul.

Hati perempuan mana yang tak tergugat kalau ade lelaki yang asyik memuji dan memuja perempuan tersebut. Tipu la kalau dalam hati tak tinggal kesan. Semua orang pasti akan berbangga jika dirinya dipuji,kan? Well, itu adalah langkah permulaan kepada zina. Mula-mula zina mata sebab melihat, zina hati sebab merindui, zina tangan sebab berbalas sms. Hey, that's the FACT! I did the same thing. Manusia mana yang tidak buat silap. Manusia mana yang sempurna dalam dunia ni? Namun, semua itu menjadi pengajaran serta pengalaman dalam hidup sebagai seorang REMAJA yang semakin meningkat DEWASA.


No call, no sms, no mms
~credit to Google~
Tapi En.Ahmad jarang sms. Jarang call. Jarang mms. Jumpa pun sebulan sekali. Ha??? Sebulan sekali jer? Hahaha. Itu dah kira kerap la cik Fad oiiiii. Kami jugak tidak tahu apa yang akan berlaku pada kami nanti. Kami tetap berbuat dosa dengan masih lagi "BERCOUPLE". Pengakhiran yang bagaimana buat kami???


~credit to Google~

Cinta kepada Allah adalah cinta segala-gala-Nya. Dia yang menghadirkan CINTA dalam diri kita supaya kita cintai DIA. Semua orang mahukan pengakhiran yang baik. Moga suatu hari nanti pengakhiran yang baik jua buat diri kami yang terleka oleh duniawi.

Wednesday, January 4, 2012

New Year, New Look

Assalamualaikum wbt

Petang tadi telah berakhir 1st paper untuk semester ini. Ade lagi 3 paper yang bakal dijalani next week and next two weeks. Fuhhh. Cepat-cepat la habis exam. Nak balik. Oh YES. I wanna go home. Really-really mean it. Hahahaha. After 3 years i've been stayed in Penang, HOMESICK tu still ade. Tak boleh dikikis.

Azam tahun baru? =,=

Seriously, i don't have any expectation for this year. I don't have any determination. I don't have any target yet. Pity me right? Hidup tidak ade matlamat. Orang lain dah siap ade WISHLIST yang panjang berjela. But, not me. I just go with the flow.

2012. Umur tiap tahun makin meningkat. Schedule bulan Januari dan Februari dipenuhi dengan walimatul urus. Insya-Allah kalau tidak ada aral yang melintang, diri ini akan menghadirkan diri ke majlis-majlis tersebut. Moga nanti ade jodoh, my turn plak kan?hehehe. [gataiiii]


~Peace yawwww~


Love yourself. Be yourself.

p/s : : im in love with "Ahmad"

Friday, December 30, 2011

~Penghujung rindu~

Assalamualaikum wbt


Sudah tiba kepada penghujung tahun 2011. Esok dah 31hb Disember 2011. Need to review a few things. Sepanjang tahun 2011, telah banyak onak dan duri yang telah dilalui. Tak terkira suka dan duka. Malah ianya banyak mengajar tentang erti kehidupan. Realiti kehidupan bukan hanya semudah menmbaca novel setebal 425 muka surat tetapi ianya lebih daripada itu. Ia menuntut ketahanan mental, fizikal dan jugak emosi.

Penghujung 2011 dan pada tahun hadapan iaitu, 2012, ramai yang telah bertukar status dan ramai jugak yang bakal bertukar status. Moga mereka semua akan sentiasa bahagia dengan limpah dan rahmat daripada-Nya. Doaku agar mereka terus sentiasa bahagia dan gembira,=)

Kepada sahabat-sahabat yang akan berjuang di medan peperiksaan, moga kalian berjaya menghadapi masa-masa kritikal ini. Dan semoga kalian juga tidak mudah tergoda dengan katil, FB, Twitter serta movie2 yang menarik yang ade dalam external tersebut. Moga semua urusan dipermudahkan oleh-Nya,=)




p/s :: Selamat maju jaya buat semua,=)


Wednesday, November 2, 2011

Rindu

Assalamualaikum wbt


Sudah lama tidak meng-update ini blog,hahaha
There's a lot to write actually but,,,,,,,,, hurm.....



 Jarang2 dpt ketemu mereka2 yg berada di basement...........










 Sngguh rindu nk borak ngn En di atas,mendengar lawak dan celoteh beliau serta bergelak ketawa dengan beliau membuatkan aku tenang buat seketika...............




 Bila la dpt peluang ke sini lg?hurmmmmm...



Rindu jua kpd akak ni,hehehe. Seriuosly we got a lots of similarities,;)