Mengambil masa kurang dari dua jam untuk menghabiskan sebuah buku yang sarat dengan info hasil tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin. Diletakkan keatas mejaku oleh roomate-ku buat tatapanku. She said "Baca la,Fad,". Aku lantas membacanya.
Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
~credit to Google~
Dan hatiku terpaut dengan cinta HALAL. Al-maklumlah diri ini mempunyai kekasih yang TIDAK HALAL bagiku. Hatiku tidak lagi suci. Aku tidak menjaga hatiku dengan sebaik mungkin. Tidak seperti Khazinatul Asrar dan Qani'ah (dalam buku tersebut) yang berjaya mempertahankan prinsipnya iaitu dengan mempertahankan hatinya dari dicerobohi oleh mana-mana lelaki. Cintanya hanya untuk suaminya setelah Allah & Rasul.
Hati perempuan mana yang tak tergugat kalau ade lelaki yang asyik memuji dan memuja perempuan tersebut. Tipu la kalau dalam hati tak tinggal kesan. Semua orang pasti akan berbangga jika dirinya dipuji,kan? Well, itu adalah langkah permulaan kepada zina. Mula-mula zina mata sebab melihat, zina hati sebab merindui, zina tangan sebab berbalas sms. Hey, that's the FACT! I did the same thing. Manusia mana yang tidak buat silap. Manusia mana yang sempurna dalam dunia ni? Namun, semua itu menjadi pengajaran serta pengalaman dalam hidup sebagai seorang REMAJA yang semakin meningkat DEWASA.
![]() |
| No call, no sms, no mms ~credit to Google~ |
![]() |
| ~credit to Google~ |
Cinta kepada Allah adalah cinta segala-gala-Nya. Dia yang menghadirkan CINTA dalam diri kita supaya kita cintai DIA. Semua orang mahukan pengakhiran yang baik. Moga suatu hari nanti pengakhiran yang baik jua buat diri kami yang terleka oleh duniawi.


