Just be yourself wherever you go... Whatever you do... You know yourself better than OTHERS
Sunday, October 13, 2013
Berita Dukacita
Assalamualaikum wbt
Jumaat yang lepas aku telah menerima berita yang tidak gembira.
Sedih. Sebak. Terkedu. Kelu lidah ku membisu.
Anak kawan aku dan jugak kawan kepada En.Ahmad meninggal.
Usianya baru sahaja 2 hari.
Dilahirkan cukup sifat, sihat, gebu, berat 3.2kg.
En.Ahmad yang menyampaikan berita itu kepada aku. I was like..........SPEECHLESS!
Kepada nana dan Kapt. Bad,
Tabahkanlah hatimu.
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi Adrian Jibrael.
Walaupun berat mata yang memandang.berat lagi bahu yang memikul.
Sesungguhnya baby AJ akan menunggumu disana kelak.
Dan Allah swt mempunyai perancangan yang lebih besar untuk kamu kelak.
Percaya dan yakinlah bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang.
Dan bersangka baiklah diatas dugaan yang diberikan.
Al-Fatihah.
~Tenang dan damailah kamu disana wahai Adrian Jibrael~
Wednesday, October 9, 2013
Maggie Goreng
Assalamualaikum wbt
Hari ini nak kongsi resipi maggie goreng. It is a very simple recipe. Hanya mencampakkan apa yang ada ke dalam kuali then, kacau-kacau, siap! hehehe. Sejak dua menjak ni mood memasak tu datang dengan menggila. Hahahaha. Kelakar dowh! Here we go.
Bahan-bahan A :
2 paket maggie (apa-apa perisa pun boleh but aku prefer ayam/kari)
2 jalur kacang panjang (potong halus2)
2 batang sosej (juga dipotong halus2)
Cili padi (dipotong halus2 jugak)
Kicap
Sos cili
Minyak
Bahan-bahan B (ditumbuk)
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Cara-cara :
1. Rebus maggie di dalam air yang telah mendidih selama 2 minit. Kemudia toskan.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan cili yang telah dipotong, kacang panjang dan jugak sosej. Kemudian, masukkan kicap, sos cili dan jugak serbuk maggie tadi. kacau sehingga sebati.
4. Apabila kacang panjang 2 dah layu sikit, masukkan maggie. Kacau sehingga rata. Then, hidangkan.
Semudah A,B dan C kan. Aku tak suka masukkan telur dalam masakan sebab aku kan alergik. Sos cili dan kicap tu aku just agak-agak jelah. Tak reti nak agak berapa banyak.Hahahaha. Tapi resipi ni simple dan sedap. Yummy. Pic xde. Sorry. Hahahaha
Tuesday, October 8, 2013
Masa meninggalkan kita
Assalamualaikum wbt.
Bersarang sudah blog ini. It takes time to update this blog. Well, many things happened. Now, it is already October. Another two months to go. Kemudian, masuklah tahun baru, 2014. Cepatnya masa berlalu. Tahun 2013 membawa 1001 erti yang tidak mungkin dilupakan.
Awal tahun lalu aku menjadi penganggur terhormat dirumah setelah berhenti dari Pro Direct. Banyak benda yang dipelajari apabila aku bekerja dengan Chinese. Well, nama pun Chinese kan mestilah mementingkan kualiti masa, tak suka buang masa, fokus dan sangat rajin. Selepas berhenti, aku pun mencari kerja lain. Banyak jugak la interview aku attend. At last, semua dapat tapi aku pilih untuk kerja as an administrative assistant di Kolej Universiti Linton aka kolej Legenda. Kerja kat sini pun kerja dengan Chinese. Seronok sebenarnya sebab bukan senang nak dapatkan kepercayaan dorang. Once bila dia percaya memang susah dia nak lepaskan kita. Because they know that we have the capability to do that job. Sempatlah bertahan selama 5 bulan kat sana.
Last but not least, aku resign then mintak kerja kat another College at Kemaman. Baru 2 bulan kerja kat sini. But, im happy. I am happy to be here. Tetapi kerja dengan Melayu sangat berbeza bila kita kerja dengan Cina. Nah. Ketepikan soal itu. Tapi sesungguhnya dalam semua kerja yang kita buat mestilah ikhlas dan segala-galanya bermula dengan niat kita. Kalau niat kita betul, insya Allah semuanya akan berjalan dengan lancar. Kerja kat sini plak tak tahu la berapa lama boleh bertahan. It depends on the situation, environment and many more. Hahahahaha (evil laugh). Aku kan jenis yang suka jugak lompat-lompat kerja walaupun aku tahu yang itu akan mencacatkan resume. Well, we will see how it goes.
Memang susah untuk dapatkan kerja yang kita nak. Dalam kes aku pulak, aku tak tahu kerja yang macam mana aku nak. Sungguh. Kerja mana-mana pun sama sebenarnya. masih jugak ada tekanan, dateline, kerenah rakan sekerja, kena marah and so on. Lari mana-mana pun benda tu tetap ada.
Owh panjang sudah entri ini. till we meet again.
XOXO,
Fadhilah Abdul Ghani
Tuesday, August 13, 2013
Pictures of Eid Mubarak
Assalamualaikum wbt.
Seperti yang di gembar-gemburkan sebelum ini. Inilah pic raya kami bersama. Tahun ini masih lagi beraya bersama sahabat handai. Moga tahun-tahun yang berikutnya kami masih lagi mengekalkan tradisi ini. Berkumpul bersama-sama, mendengar pelbagai cerita, sangat seronok rasanya. Masing-masing dah ada kehidupan masing-masing. Ada yang dah berkahwin, dah ada anak, baru bersalin, yang dah kerja memang bersepahlah kan,huhuhu. Dan batch kitaorang ada photographer artist uolsss. Meriah oke,hahahahahha. sebab 2 pic tahun ni lain macam sikit cantiknya, ;)
![]() |
| wan, leya, fie, me, myself & i |
![]() |
| irwan, leya, nasir & me, myself & i |
![]() |
| athlete triton, raimi(yg dia dukung 2 anak dia ok, D, leya, fie, asiyan, dean, cikgu Aris, Photographer Artist |
![]() |
| Khusyuk tgk pic wedding khuzaimah,;) |
![]() |
| Poyos,;) |
![]() |
| Khuzaimah yg hujung sekali 2. Dia dh kahwin,;) |
![]() |
| 3 dara pingitan |
Sekian.
XOXO,
-D-
SYAWAL DATANG LAGI
Assalamualaikum wbt
Salam Idilfitri 1434H kepada semua sahabat handai. Alhamdulillah pada tahun ini kita masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut kedatangan Syawal. Setelah sebulan kita berpuasa, tibalah hari yang dinanti-nanti. Pastinya Syawal dirai dengan penuh rasa syukur.
Well, nothing much about this Eid Mubarak. I only have one baju kurung, a pair of sandal and a new scaft. That's all. Kes di mana baju kurung tidak dihantar pada tailor dan tailor tersebut tidak menerima tempahan lagi pada saat-saat akhir.Hahahaha. Itu lah. Sape suruh tak dengar cakap mak lagi? Mak dah lama pesan suruh hantar baju, tapi selalu bertangguh. Inilah akibatnya. Tak pe. Kita simpan untuk Raya Aidiladha pulak,;)
Owh yes. 3rd Syawal, I had so much fun. Enjoyed the moments when we had gather together. Even, in a small group but, we still appreciate the time that we had together. Semalam raya sakan sampai tak hingat dunia. Sampai 10 buah rumah kitaorang tawan,hehehe. Serious sangat seronok. Chit-chatting, bergelak ketawa, bergurau senda. Tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas.
Mereka ini kawan daripada sekolah menengah. Tapi ada jugak kami kenal daripada sekolah rendah lagi. Kenal dan berkawan rapat sejak dari zaman-zaman budak hingusan lagi. Hahahaha. Lemme show you some of the pictures!
Owh man! Link nak masukkan gambar di BLOCK kat sini.
It's ok la. Maybe next time i'll show you the pics. Mestilah sangat gorgeous dan cantik sebab photographer artis yang ambik uolssss. Hahahaha.
Till then,bubye
XOXO,
D
Owh man! Link nak masukkan gambar di BLOCK kat sini.
It's ok la. Maybe next time i'll show you the pics. Mestilah sangat gorgeous dan cantik sebab photographer artis yang ambik uolssss. Hahahaha.
Till then,bubye
XOXO,
D
Subscribe to:
Posts (Atom)












